Eksperimen CrossBreed Betta – Plakat Candy vs HMPK Steel Blue

Kami bukanlah pakar dalam bidang Betta. Tapi memang sudah lama pelihara ikan betta. Boleh dikatakan sejak kecil lagi.

Tapi kali ini, kami mula nak menerokai ilmu-ilmu dalam Ikan Betta ni. Jadi untuk newbie macam kami, boleh folow blog kami.

Sambil kami belajar, sambil kami kongsikan ilmu disini.

Pendek cerita, kami dah mula buat eksperimen untuk breed betta.

Eksperimen Breed Betta

Jenis Induk Jantan: Half Moon Plakat (HMPK)
Warna Induk Jantan: Steel Blue

Jenis Induk Betina: Plakat
Warna Induk Betina: Candy

Gambar Induk Jantan

Induk jantan ini adalah diberi percuma oleh penjual apabila kami membeli sepasang Candy Plakat.

Penampilan ketika post ini dibuat adalah agak pecah penampilannya kerana sebelum ini melakukan proses breed, induk jantan kami masukan sekali dengan induk betina yang dalamnya juga ada ikan Guppy.

Gambar Induk Betina

Induk betina dibeli dalam harga RM30 sepasang. Malangnya induk jantan asal telah mati. Apabila kami lihat induk betina ini dah mula bersedia nak breed kami itu yang kami cuba breed bersama induk Steel Blue HMPK yang diberikan percuma

Hasil Breed Plakat Candy vs HMPK Steel Blue

Kami berjaya breed untuk pasangan induk ini. FRY telahpun menetas dan berenang semuanya.

Langkah Simple Breed Betta

Terdapat banyak penyediaan untuk breed ikan betta jika kita lihat dalam tutorial di internet. Kami breed betta ini dalam keadaan serba kekurangan ;).

Penyediaan Breed Betta:

  1. Sediakan tempat yang selesa – kami gunakan bekas untuk pokok hidroponik
  2. Sediakan lokasi yang tidak diganggu oleh anak atau binatang – Kami hanya breed di atas almari yang tidak dapat dicapai oleh anak-anak
  3. Letakan pokok air satu.
  4. Sediakan bekas pengasingan yang lutsinar untuk induk betina – Kami guna bekas air yang kita beli di tepi jalan tu.

Note: Tidak sempat nak sediakan air ketapang bagai

Langkah-langkah Breed Betta

  1. Sediakan air dan tempat untuk pasangan ini bersama – macam bekas biru dibawah
  2. Masukan induk betina ke dalam bekas pengasingan lutsinar
  3. Masukan bekas lutsinar ke dalam bekas biru untuk pengawan
  4. Masukan induk jantan ke dalam bekas biru untuk pengawan
  5. Tunggu sehari atau dua hari sehingga induk jantan membuat buih – dalam situasi kami, induk jantan hanya perlukan masa sehari sudah membuat buih
  6. Lepaskan induk betina untuk proses pengawan berlaku – induk kami memerlukan dua hari sebelum bertelur

7. Selepas dua hari, telur mula menetas dan fry agak sukar untuk dilihat ketika ini – Kami suluh dengan lampu baru nampak bayang-bayang fry

8. Hari ke 2, semakin banyak menetas dan mula dapat dilihat fry yang dah mula berenang

9. Hari ke 3, boleh dikatakan semua fry telah menetas – disebabkan kami ragu-ragu dengan induk jantan, dikhuatiri memakan fry, jadi kami asingkan induk jantan.

Untuk perkembangan fry dari hari ke hari kami akan boleh di posting yang berlainan.

Walaupun, induk yang kami breed ini bukanlah induk yang terpilih tetapi kami akan teruja kerana sepanjang hidup ini, ini adalah kali pertama breed ikan betta dan nampaknya berhasil.

*Kalau ikan Guppy tu mudah sahaja kan?

Kami akan jadikan ini sebagai proses belajar kami sebelum kami breed dengan betta yang lain.

Adakah fry ini mampu menjadi Betta yang cantik dan berkualiti?

Banyak lagi untuk dibelajar dan difahami.

Leave A Reply

Your email address will not be published.